Tuesday, December 3, 2013

Di Perantauan

Assalamualaikum .. Lama sudah tidak menjengah blog sendiri.... tiada masa nak ber’blog’ walau hati rindu menceritakan kisah hari2..bila tua nanti bolehlah renung2 kembali... Hari ini anak2 cuti .. kalau cuti pun hati tidak segirang di Malaysia .. kerana di sini ..kesejukan menghalang diri dari keluar berlari2 atau mengambil angin pagi... sudahnya di rumah sajalah menghabiskan masa bersama family... Sungguh nikmat Islam di Malaysia dan menyesali banyak yang kita kurang endah dan ambil peduli... masjidnya ada di mana sahaja dan hampir semua terbuka dan tidak terkunci.. alkisahnya ingin keluar ke daerah sebelah ...membeli barang2 keperluan dan mencuci mata yang dah lama kepenatan mengadap computer ... terasa ingin menikmati perjalanan dan bila tiba masanya ingin berhenti solat di masjid kerana majoriti di sana juga ramai yang muslim. Pastinya akan ada tempat2 beribadah dan tidaklah perlu bersolat di dalam kereta dan mengambil wuduk di toilet awam yang pastinya banyak mata memandang... Hati kecewa bila masjid pertama yang dijengah tiada tempat untuk jemaah wanita... takpe..cari lagi.. masjid kedua malangnya sudah pun terkunci ... dan masjid ketiga juga hanya untuk jemaah lelaki.. tidakkah ini satu perkara yg sgt mengecewakan ?... akhirnya terpaksa juga bersolat di dalam kereta ...dan mengambil wuduk di toilet sebuah kedai pinggang mangkuk yang agak men”.....” Betul...Islam itu mudah.. tapi saya yang pernah berada di zon selesa terasa benar bezanya bila hampir kesemuanya berbeza... Rindu hati pada kedamaian di masjid2 di tanah air sendiri membuak2... rasa damai pada keindahan masjid di mana sahaja di ceruk Malaysia membuai2... Saya berjanji pada diri sendiri.. bila pulang nanti saya akan lebih bersyukur dilahirkan di bumi Islam ... agamanya adalah Islam ..anak2 saya boleh mengamalkan Islam dengan bebas...alangkah bertuahnya saya kerana diberikan nikmat yang paling besar dalam hidup ini apabila lahir sebagai seorang ISLAM... Mungkin jika saya dilahirkan sebagai bukan Islam (nauzubillah!) saya tidak akan mencari kebenaran dalam agama..saya mungkin akan mati sebagai bukan Islam ... syukur kerana saya dilahirkan sebagai Melayu dan Melayu di Malaysia mesti ISLAM. Jadi saya yakin, anak2 dan generasi saya tetap akan lahir sebagai seorang ISLAM ... walaupun tahap keimanan itu mungkin berbeza2 dan tidak boleh diwarisi..tapi dengan nikmat ini ISLAM kita sudah pun berada di landasan yang sebenar .. InsyaAllah... **geram pada mereka yang mempertikaikan kenapa melayu mesti ISLAM**