Wednesday, February 10, 2010

Saat genting itu...

Petang hari itu, terasa lebih sibuk dari kebiasaan yang lain. Seolah masa terlalu cepat berlalu dan banyak kerja-kerja ku masih perlu dilunaskan. Namun panggilan yang kuterima telah mengejutkan aku. .... IBU DISERANG SAKIT JANTUNG...... Tatkala menerima berita itu, tiada apa yang mampu aku lakukan selain dari berdoa dan menangis... mohon pada Tuhan agar ibuku dipanjangkan umur dan aku masih sempat untuk membalas segala jasa-jasanya...aku berkeputusan untuk pulang malam itu juga, walaupun sedikit sebanyak aku sedar risiko yang harus kami ambil untuk melepasi jalan berbukit di grik... dalam keadaan pekat malam, hujan lebat, kabus tebal dan keadaan suamiku yang kepenatan setelah seharian menghadiri kursus pada hari itu. Tapi aku tak mampu lagi menunggu sehingga siang hari dan hanya berdoa pada Tuhan agar perjalanan kami pada malam tersebut selamat. Perjalanan terasa sangat panjang dan sepanjang perjalanan tiada apa yang mampu kufikirkan lagi hanyalah kenangan bersama ibu yang banyak berkesan di hati...tentang bagaimana ibu bersusah payah membesarkan kami tanpa ayah ..tentang bagaimana ibu memujukku setiap kali aku merajuk ..tentang bagaimana ibu mengejutkan aku ke sekolah setiap hari..tentang bagaimana ibu menjaga aku ketika aku sakit... dan segala-galanya tentang ibu berlegar2 di kotak fikiranku...dan saat itu juga aku sedar masih banyak perkara yang aku belum lakukan untuk ibu..

Ya Tuhan... janganlah kau jemput ibu di saat ini...air mata pun tidak berhenti mengalir. Segala-galanya hampir tidak kupedulikan lagi. Aku masih tidak mampu untuk kehilangan ibu kiranya itu yang akan berlaku. Pada siapa inginku luahkan segala rasa hati kalau bukan pada ibu...pada siapa ingin kuminta restu untuk setiap perkara jika bukan pada ibu...pada siapa lagi ingin kuhubungi di saat aku memerlukan segala nasihat pribadi jika bukan pada ibu.... dan segala-galanya yang aku lakukan di muka bumi ini adalah atas restu dan doa ibu...

Perjalanan ku yang panjang akhirnya bernokhtah. Meskipun sepanjang tempoh perjalanan itu, suamiku terpaksa berhenti kerana keletihan dan mengantuk. Sesampainya aku di wad kecemasan, hatiku gusar dan takut untuk memikiri nasib ibu..kata abangku ..jantung ibuku pernah berhenti untuk seketika dan ibu berkondisi kritikal. Ku kuatkan semangat untuk masuk menemui ibu... dan di saat melihat ibu yang terbaring di katil ...air mataku bercucuran laju. Ku genggami tangan ibu..kucium dahi ibu...ku mohon pada Tuhan agar sembuhkan lah ibu. Terasa begitu kerdil pada saat dan ketika ini. Aku sedar, walau sekuat manapun aku ..aku tidak bisa untuk kehilangan ibu...aku tidak pantas untuk itu...

No comments:

Post a Comment